Assalamualaikum.
Nama saya Mohamed Fazli Bin Talip. Saya ingin berkongsi kepada anda ilmu dan panduan-panduan untuk mengurus kewangan anda dengan lebih bijak.
Dengan keadaan kewangan di dunia yang tidak stabil ini, ramai diantara kita mula merasa resah, takut dan cepat putus asa. Kenapa kita berasa demikian?
Pertama, harga barangan keperluan seperti minyak masak, beras, tepung telah meningkat kerana harga dagangan pun meningkat. Kadar inflasi dunia adalah punca pertingkatan harga jualan. Ramalan pakar-pakar ekonomi telah mengingatkan kepada semua bahawa ekonomi dunia kini menghadapi perkembangan yang agak lembap. Justerunya, harga barangan keperluan mula meningkat denga harga yang tinggi.
Kedua, kadar faedah ataupun 'interest rates' di sektor perbankan tidak mampu memberi kadar faedah yang lumayan. Wang yang anda simpan di bank tidak dapat meningkat dengan cepat untuk bersaing dengan kadar inflasi. Sebgai contoh:
Kadar faedah Bank XYZ= 0.025%
Wang Simpanan di akaun simpanan pada 2010 = $1,000
Selepas setahun, jumlah wang simpanan di akaun simpanan = $1,000 + 0.025%
= $1,025
Selepas setahun, anda cuma meraih $25 dari kadar faedah dari Bank XYZ.
Ketiga, kita mungkin mula merasa cemas apabila kita dapati sumber hasil kewangan iaitu gaji pekerjaan; tidak mencukupi untuk seluruh keluarga. Di antara sebabnya ialah harga barangan yang agak tinggi, nafsu bebelanja dan kurang amalan tabiat menabung.
Ramai di kalangan masyarakat kita tidak sedar jika kita mempunyai ilmu pengurusan kewangan, kita boleh mengagihkan sumber kewangan kepada pelbagai cara and tujuannya.
Saya akan berkongsi cara-cara pengurusan kewangan yang senang untuk diamalkan pada blog saya yang seterusnya.
Nota: Jika anda mempunyai soalan atau pandangan yang ingin dikongsikan, sila hantarkan e-mel kepada enquiries.business@gmail.com